Majlis Bacaan Yasin & Tahlil
Assalamualaikum w.b.t
Semoga tuan puan sentiasa sihat dan dilimpah rahmat dari-Nya.
Tuan puan boleh sertakan nama arwah di bawah. Semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang Soleh dan memperoleh redha Allah SWT. Semoga semua yang diuji dengan kesakitan dan kesusahan, dilapangkan urusan mereka. Kita sama-sama doakan untuk ahli keluarga kita.
Insha-Allah, kita jumpa pada setiap hari Khamis jam 8 malam untuk bacaan Yasin bersama-sama di Facebook Live KMP Academy ya.
MAKLUMAT MAJLIS BACAAN YASIN & TAHLIL
1️⃣ Tuan puan boleh mengisi maklumat terlebih dahulu.
2️⃣ Senarai nama arwah boleh dirujuk di bahagian (description) Facebook semasa siaran Facebook Live berlangsung.
3️⃣ Bacaan Yasin akan diadakan secara online sahaja melalui Facebook Live KMP pada 8:00 malam. Tonton di sini: https://www.facebook.com/kelasmengajipersonal
4️⃣ Untuk mendapatkan notifikasi setiap kali Live berlangsung, tuan puan boleh sertai Group KMP: https://bit.ly/GroupLiveNotificationFB2


Sumbangan ikhlas untuk komitmen kami di KMP untuk terus berdakwah secara percuma pada ummah.
Moga dengan sumbangan tuan puan ini dapatlah kami terus istiqomah dalam berkongsi al-Quran dan dapat menambah baik pulih dalam cara penyampaian.
