Mukhayyammul Quran dan Tahlil
 (1).jpg)
Assalamualaikum w.b.t
Semoga tuan puan sentiasa sihat dan dilimpah
rahmat dari-Nya.
KMP ingin menjemput tuan puan menyertai Mukhayyamul Quran pada 29
Disember hingga 31 Disember ini.
InshaAllah, kita akan khatam 30 Juzuk bersama qari pilihan dan menyambut
akhir tahun dengan podcast Talk To Allah: Cukup Hanya Quran.
Jom rebut peluang sambut akhir tahun dengan Al-Quran! ✨
Tuan puan juga boleh sertakan nama arwah di
bawah. Semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang Soleh dan memperoleh
redha Allah SWT. Semoga semua yang diuji dengan kesakitan dan kesusahan,
dilapangkan urusan mereka. Kita sama-sama doakan untuk ahli keluarga kita.
MAKLUMAT MUKHAYYAMMUL QURAN &
TAHLIL
1. Tuan puan boleh isi maklumat terlebih dahulu.
2.Tuan puan boleh join group Mukhayyamul Quran KMP untuk dapatkan Info Khatam 30 Juzuk Tahlil KMP. https://bit.ly/Mukhayyammul_Quran_IV
3.
Nama arwah akan disenaraikan ketika sesi bacaan Al-Quran 30 juzuk.
4. Bacaan Al-Quran 30 juzuk akan bermula Jumaat jam 8 pagi di Facebook/Youtube/Tiktok live KMP - secara online sahaja.
5. Boleh terus whatsapp Ustazah Aminah untuk pertanyaan berkaitan Tahlil Mukhayyammul Quran https://bit.ly/Nama-Arwah


Rasulullah saw bersabda:
إِذَا مَاتَ
الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ ، إِلَّا مِنْ
صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو
لَه
Terjemahannya: “Apabila manusia meninggal
dunia terputuslah pahala amalannya kecuali daripada tiga sumber: Sedekah yang
berterusan faedahnya, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang berdoa
kepadanya.”
(HR Muslim, bilangan (3092) daripada Abu
Hurairah).
Tiga amalan yang dijamin
pahalanya mengalir sekalipun seseorang telah meninggal dunia :
1. Sedekah Jariah
bermaksud sedekah yang pahalanya berterusan hingga selepas mati seperti amalan
membina masjid, membina jalan raya, mewakaf kitab suci al-Quran dan sebagainya.
Contohnya wakaf al-Quran, al-Quran merupakan kalam Allah yang wajib dijadikan
pedoman. Bayangkan berapa banyak kebaikan yang kita akan dapat jika
menyedekahkan al-Quran yang setiap hurufnya ketika dibaca mendatangkan limpahan
pahala?
2. Ilmu yang dimanfaatkan selepas mati. Antara amalan yang lebih
bermanfaat adalah mengajar dan menyebarkan pengetahuan dalam bidang al-Quran,
Hadis dan sebagainya.
Contohnya, jika kita yang mengajar mengaji kepada anak-anak, kawan-kawan atau
kenalan yang baru mula nak belajar mengaji, setiap huruf yang dibacanya ada
saham kita sehinggalah ke akhir hayat kita, pahala tersebut masih mengalir
selama mana dia membaca quran.
Seperti mana kita mengajar anak kita mengaji boleh tambah pelaburan akhirat.
Ruginya bila orang lain dapat pahala bila anak kita mengaji. Sedangkan pahala
itu terus mengalir setiap kali anak kita mengaji. Anak sendiri mengaji, orang
lain dapat pahala.
Kenapa kene ajar mengaji, kerana dapat pahala ilmu yang mengaji dan anak soleh,
insha-Allah.
3. Anak yang soleh. Contohnya anak yang berdoa dan berbuat kebajikan
kemudian menghadiahkan pahalanya jika ada, kepada kedua ibu bapanya.
Anak-anak yang soleh berdoalah kepada ibu bapa kerana anak yang berdoa dan
istighfar tidak ada khilaf di kalangan ulama’, sah sampai pahala istighfar
kepada ibu bapa.
Sesiapa yang sangat sayang kepada ibu bapa, banyakkan beristighfar kepada
mereka.
رَّبِّ
اغْفِرْلِي وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيراً
Terjemahannya: “Ya Allah, ampunilah dosaku dan
dosa kedua orang tua ku. Kasihanilah keduanya sebagaimana mereka mengasihiku
sewaktu masih kecil.”
Jadilah anak yang bertanggungjawab yang
mendoakan kedua ibu bapa kita.
Kita niatkan untuk kesejahteraan diri kita dan ummat Islam di seluruh dunia.
Dan juga semoga Allah redhai pekerjaan kita didunia ini dan permudahkan urusan
kita dia akhirat nanti.
Sumbangan ikhlas untuk komitmen kami di KMP untuk terus berdakwah secara
percuma pada ummah.
Moga dengan sumbangan tuan puan ini dapatlah
kami terus istiqomah dalam berkongsi al-Quran dan dapat menambah baik pulih
dalam cara penyampaian.